Sunday, 29 January 2012

Juara AJL ke-26, Hafiz - Awan Nano


Assalammualaikum, readers di pagi-pagi hari ini. Hari neyh nak cite tenatang AJL semalam tue, Kan Hafiz dengan lagu Awan Nanonya menjadi Juara. Walaupun dengan hanya memakai baju T warna biru dan seluar lace merah yang orang selalu guna kat kampung tue, dapat juga Juara dan Vokal Terbaik. Wahh, tabik!

Yang dapat tempat kedua pula, Beribu Sesalan . Nyanian Tiga Suara yang hebat-hebat belaka, iaitu Sheila Amzah, Jaclyn Victor dan Ning Baizura. Memang hebat lah vokal mereka. Then, tempat ketiga pula jatuh kepada Faizal Tahir, yang Faizal Ismail kata Kurma tue, nah itulah, lagu Karma, dengan Piano Terbakar tue.Hahaha, itu pun saya suka.

Akhir sekali, lagu Kisah Hati , ynag dinyanyikan oleh Alyah yang dress macam Barbie Doll semalam tue, dapat rangkul Persembahan Terbaik. Memang terbekk pun, dengan bergerak macam patung, dengan pelwaknya dan paling penting sekali, dengan Remy Ishak nya. Semasa Remy Ishak tue tiba-tiba muncul, wah.. bersorak semua manusia dan manusia yang menonton di rumah..perghh, bergegar dunia!

Tak kurang juga dengan lagu-lagu yang lain, cuma nasib tidak menyebelahi mereka, kan boleh cuba tahun depan.Kerana, Usaha Itu Tangga Kejayaan. Kata-kata pujanga yang selalu berada dalam hati ku.

Tak kurang juga hebatnya pasangan pengacara , iaitu Cherly Samad dan Faizal Ismail, masih juga dorang nak buat lawak, walaupun tanpa Ally Iskandar. Haha.. Kalau ada Ally, lagi perfect lah. Buzy kali, kan baru jer habis kahwin. Hahaha. Tapi, memang terbaikk dengan tema airnya yang memang COOOL..

Dah sakit dah tangan ku menaip neyh, sekian jer lah buat entry kali neyh.Semoga korang semua suka entry kali neyh dan sebarang komen amat dialu-alukan. Sekian , terima kasih! Assalammualaikum, dan salam 1 Malaysia. Bubuii, sehingga bertemu di entry yang lain!

No comments:

Post a Comment

spEciallY bY fitri n co.,fyda